Wednesday, 5 January 2011

3 Anugerah Istimewa Allah

All praises to Allah for His blessing for keeping us alive up until this very moment of 2011. With this opportunity, I would like to share what I've learned from Ustaz Hanafiah a week ago.


Bismillahirrahmanirrahim...


Maksudnya : Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.


Menurut ayat ini, terdapat 3 kurniaan atau anugerah Allah yang amat istimewa iaitu:


1.   Pertolongan dari Allah

Sebagaimana yang telah disampaikan oleh Ustaz Hanafiah di dalam tazkirahnya, Allah menjanjikan pertolongan-Nya kepada mereka yang meminta dan yakin akan pertolongan Allah dan bukan bagi mereka yang mengharapkan pertolongan manusia semata. Cuba kita imbas kembali ketika peperangan Badar di mana dengan berbekalkan 313 orang tentera dan 2 ekor kuda, tentera Islam berjaya menewaskan 1000 tentera Kafir Quraisy. Jika difikirkan secara logiknya, bukan mudah untuk menewaskan musuh yang 3 kali ganda ramainya. Tetapi, dengan keyakinan mereka terhadap pertolongan Allahakhirnya kemenangan milik tentera Islam.


Bagaimana hendak mendapat pertolongan Allah?


Allah memberikan sesuatu itu mengikut kemampuan kita, kedudukan kita (di sisi Allah) dan mengikut kadar pengorbanan kita. Kejayaan kita bergantung kepada amalan kita, kalau kita tak beramal, Allah tak akan beri balasan. Sebab itu kita harus sentiasa berusaha, jangan mudah berputus asa dan terus mengharapkan pertolongan Allah.


2.   Pembukaan (rahmat) yang segera dari Allah

Pernah tak kita mendapat sesuatu hasil itu di luar jangkaan atau di luar dugaan kita? Atau mungkin ada sesetengah perkara yang kita tak pernah minta, tak pernah mohon, tapi kita dapat tanpa ada halangan, rintangan atau dalangan? Bagi mereka yang pernah mengalami situasi sebegini, bersyukurlah kerana ia merupakan tanda pembukaan rahmat Allah. Tak semua orang diberikan pembukaan rahmat yang segera dari Allah. Bagi mereka yang dianugerahkan hadiah istimewa ini, haruslah ingat:


" Apabila diberi sesuatu yang kau tak minta, maka makanlah, gunakanlah dan manfaatkanlah ia tetapi jangan lupa untuk bersedekah " HR An-Nasa'i


3.   Kegembiraan dan kepuasan dari Allah

Anugerah istimewa ini diberikan kepada mereka yang sentiasa bersyukur di atas apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya. Orang yang diberikan kegembiraan dan kepuasan dari Allah dapat dilihat di kala penghujung hayatnya.

Terdapat 3 tanda-tanda mayat yang mendapat anugerah kegembiraan dan kepuasan dari Allah:
  • Apabila berpeluh dahinya (kerana puas hati). Di ketika hujung nafasnya, dia melihat pahala datang mengiringi rohnya.
  • Apabila bibirnya kering, tetapi di dalamnya berair. Di ketika hujung nafasnya, dia mendapat kalungan pahala dan oleh kerana terlalu gembira, dia ingin memberitahu keluarganya tetapi ia tidak dapat disuarakan sehingga bertakung air di dalam mulutnya.
  • Apabila berair kedua kelopak matanya. Ini kerana dia terlalu gembira dan puas hati dengan apa yang dilihatnya.

Semoga coretan ringkas ini dapat dijadikan pedoman di lembaran baru kehidupan kita.

The end. Thank you! =)

No comments:

Post a Comment