Tuesday 20 March 2012

Cuka & Garam

Tahukah anda bahawa cuka itu adalah sebaik-baik lauk untuk dinikmati? Menurut Ustaz Hanafiah di dalam tazkirahnya, Allah telah memberikan 4 nilai utama pada cuka iaitu:

  1. Cuka ialah sebaik-baik lauk (perencah).
  2. Allah meletakkan keberkatan pada cuka di mana cuka itu akan mendatangkan 2 keuntungan bagi manusia di dunia & akhirat.
  3. Cuka ialah lauk pauk Nabi & Rasul terdahulu.
  4. Tidak akan jatuh miskin bagi rumah yang di dalamnya ada cuka.


" Sesiapa yang menjadikan cuka itu lauk pauk dalam makanannya, Allah akan turunkan Malaikat di kiri dan kanannya bagi mendoakan agar orang itu mendapat keampunan Allah " Imam Baihaki




Jika cuka dikatakan sebagai sebaik-baik lauk, garam pula merupakan penghulu segala lauk. Setiap makanan perlu dicampur sedikit garam. 3 nilai garam yang kita perlu tahu:

  1. Garam ialah senjata kepada makanan (pelengkap). Jika makanan itu kurang zatnya, garam digunakan sebagai pelengkap.
  2. Garam memberikan kebaikan kepada makanan kerana ia memudahkan penghadaman makanan.
  3. Garam boleh dijadikan campuran kepada apa sahaja jenis makanan kerana kadar ph alkali garam adalah di antara 8-14 di mana jika makanan itu boleh mendatangkan kemudaratan, maka garam akan menghilangkan mudaratnya.

Lihatlah betapa tinggi nilai cuka & garam yang tidak kita ketahui. Jadi, lepas ni boleh la letak sedikit cuka dan garam dalam masakan tapi jangan sampai berlebihan. =)

The end. Thank you! =)

No comments:

Post a Comment