Tuesday 14 December 2010

'Ain Lam Mim Wau

Today, I wanna share some information which I have got recently from Ustaz Fairuz.

 Dalam dunia ini, terdapat 4 golongan manusia... "

1.     Mereka yang berilmu dan berharta

Ini golongan manusia yang 1st Class. Mereka dikurniakan rezeki ilmu dan harta yang banyak oleh Allah. Ilmu itu sangat meluas bidangnya. Apa sahaja yang kita pelajari dan fahami merupakan ilmu, tetapi bukan semua orang dikurniakan rezeki ilmu yang meluas. Oleh sebab itu, Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu tiada batasannya, tidak kira muda atau tua, miskin atau kaya, masing-masing berhak untuk menuntut ilmu. Walau apa pun, ILMU AGAMA itu yang terpenting! Sebab kalau ada banyak ilmu duniawi sekali pun, tetapi ilmu agama tidak ada, tiada gunanya. Dan golongan ini juga dikurniakan rezeki harta yang banyak oleh Allah. Dengan ilmu di dada (especially ilmu agama), mereka ini tidak akan teragak-agak untuk membelanjakan harta mereka ke jalan Allah


2.     Mereka yang berilmu tetapi tak berharta

Ini pula golongan manusia yang 2nd Class. Mereka dikurniakan rezeki ilmu tetapi mereka tidak dikurniakan rezeki harta yang melimpah ruah. Kadang-kadang kita lihat ada orang yang berpelajaran tinggi, mempunyai pengetahuan yang mendalam tetapi hidup dalam kesederhanaan. Golongan ini mungkin tidak dapat membelanjakan jumlah harta yang banyak ke jalan Allah tetapi kerana ilmu yang ada, mereka ini tetap bersyukur di atas rezeki ilmu yang diberi. Oleh kerana mereka ini ada ilmu, mereka tahu menggunakan ilmu yang diberi dan berusaha untuk ke arah kebaikan. Mungkin lama-kelamaan, mereka ini dikurniakan harta yang melimpah ruah, jadi mereka tahu bagaimana hendak membelanjakan harta itu sebaik mungkin sebab mereka pernah tidak berharta. "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Pepatah ini memang selalu kita dengar, tetapi adakah ramai yang sanggup bersusah-susah dahulu sebelum senang? Tepuk dada, tanya selera. Pendek kata, usaha dan kesabaran amat penting kerana percayalah bahawa duit tidak akan turun dari langit begitu sahaja! Perlulah SABAR dan lebih BERUSAHA.


3.     Mereka yang tidak berilmu tetapi berharta

Yang ini golongan 3rd Class; tak ada ilmu, ada harta. Kebiasaannya, golongan ini meletakkan harta sebagai perkara terpenting dalam hidup mereka. Ada harta sudah cukup untuk menampung kehidupan. Tapi, betul ke harta sahaja sudah mencukupi? Mestilah tidak cukup sebab mereka ini hanya tahu membelanjakan harta yang diberi sewenang-wenangnya tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras kerana mereka tidak berilmu. Harta setinggi gunung pasti akan berkurangan satu hari nanti. Kalau kita tengok golongan 2nd Class, mereka harus bersabar dalam mencari harta tetapi untuk golongan 3rd Class ini, mereka sudah tidak perlu bersabar kerana mereka sudah diberikan harta yang banyak. Apa kekurangan mereka? ILMU! Mereka tiada ilmu, bukan sahaja ilmu duniawi tiada, malah ilmu akhirat juga tiada. Golongan ini bukan tidak boleh mencari ilmu, cuma setakat mana usaha mereka untuk menuntut ilmu, itu yang menjadi penentunya.


4.     Mereka yang tidak berilmu dan tidak berharta

Golongan 4th Class ini adalah yang paling last sekali dalam golongan-golongan manusia di muka bumi ini. Sudahlah tidak berilmu, berharta pun tidak. Alangkah ruginya diri hidup di dunia tanpa mendapat rezeki ilmu dan harta dari Allah. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan ini. 

Overall, apakah perkara yang paling penting dan utama dalam entry kali ini? It is...

 'Ain Lam Mim Wau = ILMU


So, antara keempat-empat golongan ini, kita di mana? Renung-renungkanlah...

The end. Thank you! =)

No comments:

Post a Comment