Tuesday 21 December 2010

Rukun Cinta 'Aku & Dia'

Okay, according to Daisypath, it has been 6 months, 3 weeks and 1 day since I got engaged to my Darling Fiance. We have been through lots of beautiful and painful moments together. Adat orang bercinta, pasti ada pasang surutnya. Honestly, falling in love is easy as it takes you a second to fall for someone. But to keep our love from falling apart is difficult. If not, why do we come across certain issues such as break ups, kisah cinta tiga segi, kes kecurangan, skandal sana sini and many more. If we think about it, love is a wonderful feeling but why lovers choose to jump into separation in their relationships? Something is wrong, something is missing but what is it? We can not tell exactly what is the reason behind the issue but we can try to eliminate the potential reasons that might affect the relationships. As for me, my Darling Fiance and I had come out with a guideline or so-called Rukun Cinta that might be a help for lovers out there. 




RUKUN CINTA 'AKU & DIA'

IKHLAS

Ikhlas bersifat individu. Hanya Tuan Empunya diri sahaja yang tahu sama ada dia ikhlas atau tidak ikhlas dalam hubungan. Apa implikasi ikhlas dalam sesebuah hubungan? Bila kita ikhlas, apa yang kita lakukan dan katakan terhadap pasangan semua datang dari hati, jadi ia bukan sekadar kata-kata biasa. Selalunya, apabila kita ikhlas, pasangan mudah menerima perlakuan atau kata-kata yang disampaikan oleh kita.

JUJUR & TELUS

Bila kita sudah ikhlas, secara automatiknya kita akan berkelakuan jujur dengan pasangan kita. Kejujuran sangat penting untuk melenyapkan keraguan atau kecurigaan pasangan. Tetapi, kadang-kadang tidak semua pasangan merasakan berlaku jujur itu perlu dalam hubungan. Bagi sesetengah orang, mereka berpendapat bahawa privacy itu perlu. Betul, privacy itu perlu ada, akan tetapi jikalau perkara yang nak di'privacy'kan itu berkaitan dengan hubungan, eloklah jika kita berterus terang. 'Katakan yang benar meskipun ia pahit'. Bukan apa, takut perkara yang kita nk 'privacy'kan sangat itu kelak diketahui oleh pasangan, maka boleh timbul perselisihan faham. Sebagai contoh:

Situasi A
Lelaki : Sayang, tadi you keluar dengan siapa?
Perempuan : Dengan kawan-kawan.
Lelaki : Siapa?
Perempuan : Alahaii, kawan-kawan kelas laaa. You bukan kenal pun..
Lelaki : Mesti keluar dengan lelaki kan? Sebab tu tak nak beritahu siapa kan?
Perempuan : Eh! You jangan nak tuduh-tuduh I bla bla bla...

Dalam situasi di atas, memang betul si perempuan berlaku jujur, beritahu dia keluar dengan kawan-kawan kelas. Tetapi, jawapan dia yang ringkas dan macam malas-malas nak jawab itu mungkin menyebabkan keraguan bagi si lelaki. Adakah si perempuan tidak cukup jujur? Mari kita lihat contoh seterusnya:

Situasi B
Lelaki : Sayang, tadi you keluar dengan siapa?
Perempuan : Dengan kawan-kawan.
Lelaki : Siapa?
Perempuan : Alahaii, kawan-kawan kelas laaa. Si A, B, C, D dengan E sekali. We all pergi makan kat Nando's, then jalan-jalan, then balik rumah. Ahaaa, I balik dengan si D tadi, naik teksi.


Haaaa... jawapan yang menyebabkan si lelaki tak tersoal lagi... 

Okay, mengikut senario di atas, si perempuan sudah cukup jujur menjawab pertanyaan si lelaki. Kalau kita ikut secara rasionalnya, jujur sudah kira molek sangat dari tipu-menipu, betul tak? Tetapi, ada satu lagi aspek penting dalam kejujuran iaitu ketelusan. So, apa salahnya kita beritahu terus secara telus, so that isu keraguan dapat dielakkan.

FAHAM

Proses faham-memahami lebih mudah kalau kita mula-mula lagi sudah ikhlas, jujur dan telus dengan pasangan. Bayangkan kalau apa yang kita lakukan, kita cerita betul-betul dekat pasangan tanpa nak selindung-selindung? Baru pasangan kita faham apa yang kita sampaikan, faham apa yang kita rasakan, faham apa yang kita katakan, pendek kata everything is well explained and crystal clear. Bila kita faham pasangan, kita tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Jadi, kita pun usaha untuk buat perkara yang dia suka, elakkan buat perkara yang dia tak suka. Tapi perlu pastikan juga apa yang dia suka atau tak suka itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi, akan mudahlah bagi pasangan untuk mencapai tahap kefahaman yang diinginkan itu.

PERCAYA

Percaya pula agak susah untuk diaplikasikan dalam hubungan sebab manusia sering berubah-ubah. Hati manusia mudah goyah dan boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Sebab apa? Sebab syaitan itu sentiasa berusaha untuk menanam sifat prasangka dalam hati manusia. Tapi, jika kita benar-benar ikhlas, jujur malah telus dan faham pasangan, potensi untuk kita percayakan pasangan mungkin akan meningkat. Walau apa sekalipun, kita kena juga tinggalkan sedikit rasa curiga, dalam 5% or 10%, takut pasangan kita ada mendatangkan masalah satu hari nanti seperti curang dan skandal sana sini, at least kita tak akan merana seumur hidup, kita tak akan menyalahkan pasangan 100% dalam kegagalan sesebuah hubungan.


TERIMA SEADANYA & SETIA

Obviously, we are not perfect and will never be perfect coz we are humans. Oleh itu, kalau kita dah ikhlas, jujur, telus, faham dan percaya pasangan, maknanya kita sudah sanggup terima buruk baik pasangan. Awal-awal hubungan, memang akan ada banyak percanggahan pendapat, sebab masing-masing baru hendak mengenali hati budi, kan? So, lama-lama kalau kita amalkan rukun-rukun ini, Insya Allah perkara-perkara yang tak diingini dapat dielakkan. Last but not least is loyalty. Kesetiaan adalah yang paling optimum dalam hubungan. Kalau kita dapat pasangan yang turut mengamalkan rukun-rukun cinta ini, apa lagi sebab untuk kita menduakan pasangan? Apa lagi sebab untuk kita tidak dapat beri layanan yang baik terhadap pasangan kita? Wallahualam...

Semoga rukun-rukun ini dapat membantu memastikan hubungan kita dalam keadaan terkawal, penuh dengan kegembiraan, kesabaran, ketenangan dan keberkatan. Insya Allah... 

The end. Thank you! =)

No comments:

Post a Comment